.jpeg)
RABBITLAND JENGKA ZOO
Pameran Haiwan
Terdapat 60 jenis haiwan seperti Hamster, Bebiri , Kambing Pigmy, Keldai, Kuda, Burung Unta, Merak, Kerbau Balau, Rusa, Rakun, Meerkat, Alpaka, Ular, Katak Kanibal dan banyak lagi.
Permainan Ekstrem
Terdapat beberapa permainan ekstrem seperti flying fox, basikal kabel, karpet terbang, buaian gergasi, buaian gantung dan jambatan gantung. Jom cabar tahap keberanian kalian dengan bermain permainan ini !!!
Rumah Hobbit
Kediaman rekaan seperti dalam filem The Lord of the Rings dan The Hobbit yang menyerupai sarang di dalam bukit dengan pintu dan tingkap berbentuk seperti bulatan. Pengunjung boleh memasuki, bergambar di dalam dan merasai seperti di alam dongeng.
Spot Foto
Banyak spot foto menarik yang disediakan seperti perahu tergantung ,kereta kuda Cinderella, taman kayu (Dream Garden, Fairy Garden, Cactus garden), bulan sabit gergasi, kenderaan antik, replika rumah Felda dan banyak lagi. Abadikan kenangan bersama keluarga dan rakan rakan dengan bergambar disini !!!
Traktor Tram
Kenderaan tram disediakan untuk membawa pengunjung ke sekeliling kawasan Rabbitland. Pengunjung dapat melihat kawasan dan haiwan yang ada sepenjang perjalanan menaiki tram ini tanpa rasa penat berjalan.
